CORETAN TEPI JALAN
Monday, 23 December 2013 || 0 (+)
CERPEN FUTURISTIK
Kejadian yang Bakal Berlaku pada Tahun 2309 !!
Berbeza dengan abad 21 yang hanya dikenali dengan zaman global, abad 23 dikenali dengan zaman “Double Extreme Global”. Pada zaman ini penduduk di pelbagai negara bebas untuk keluar masuk ke negara lain tanpa menggunakan pasport atau permit tertentu, hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sahaja. Teknologi yang berkembang dengan pesat membuat manusia enggan untuk bekerja keras, semuanya berlaku dalam jangka masa yang cukup pendek.
Pada abad 23 ini terjadi suatu letupan jumlah penduduk yang agak ramai,sehingga kepadatan penduduk di muka bumi hampir 87% daripada luas daratan di bumi. Hal ini disebabkan manusia berkahwin pada usia sangat muda dan mengadakan hubungan seks dalam kalangan remaja, sehingga banyak sekali anak yang dilahirkan tanpa dirancang. Semua itu menyebabkan banyak kawasan petempatan penduduk dan bangunan-bangunan pencakar langit, serta tempat hiburan yang didirikannya menyebabkan tanah pertanian menjadi sangat sempit. Hanya 10% daripada luas daratan di bumi, tidak sesuai dengan jumlah penduduk di bumi. Lautan pun banyak yang ditutup untuk dijadikan daratan, itu pun bukan dibuka untuk kegiatan pertanian tetapi untuk pembangunan-pembangunan lain.
Perbuatan manusia yang merosakkan alam itu pun membuat persediaan bahan makanan dan mentah dan air bersih yang ditapis. Bagaimana tidak, semua tanah pertanian sudah tertutup oleh penempatan penduduk. Banyak nyawa yang terkorban akibat kebuluran.Jika perkara ini dibiarkan begitu sahaja, maka tidak mungkin bilangan mangsa dapat dikurangkan.
Seiring berkembangnya teknologi yang sangat pesat, dan juga kerana tanah pertanian yang sudah ditutup, manusia mula mencari formula pengganti bahan makanan. Setelah dilakukan kajian yang memakan masa yang lama, akhirnya saintis menemui sebuah formula yang diberi nama “MARSRICE”.Sebuah penemuan hebat oleh saintis Malaysia yang boleh menggantikan nasi, dan juga boleh ditanam di planet Marikh, sehingga tidak perlu dilakukan pembukaan tanah dibumi.
SAJAK KEMANUSIAN
kemanusiaan sebenarnya sudah lama habis
jiwa2 sebenarnya sudah terlalu banyak menangis
kita hidup dalam pembohongan kita hidup dalam kelalaian
kita kata kita bersatu untuk sesuatu yang bernama perjuangan
kita malu untuk mengaku
setiap yang terjadi ini sudah pun dirancangkan
kita malu untuk mengatakan
setiap ini sebenarnya satu permainan
kita suruh anak2 kita pergi berperang
tanpa senjata bagaimana mau berjuang
disedekahkan anak2 kita pada satu ideologi
tapi bisikkan ke telinga ini apa itu yang kau namakan seni
kemanusiaan sudah lama tewas
kita ketawa tetapi dalam hati sangat panas
sudah tidak ada apa yang lagi mau kita katakan harapan2
sudah tidak ada apa lagi semua itu, tuan2 puan2
kita cuma ada mimpi kosong yang akan nyata
cuma ada suatu yang kita nyanyikan sebagai pujangga
hey anak2 muda bangkit dan bangun sekarang
kita mampu menang walau tanpa senjata berjuang
tuhan itu sudah menjanjikan keadilan
dia sudah katakan dia yang maha mendengar maha mengasiahan
engkau cuma bangkit dan berdiri
cuma bangkit dan berdiri
minta apa saja kan diberikan semua
itu senjata kita
itu senjata kita
itu senjata kita
kemanusiaan takkan pernah ada
kalau kita bertopengkan binatang sahaja
kemanusiaan takkan ada
kalau kita cuma mahu hidup sendirian sahaja
sendirian sahaja
apa itu manusia kalau hidupnya ifrad sahaja
ifrad sahaja
ifrad sahaja
manusia,
kita harus bersama
bersama.